ARTIKEL

TETAP BERSEMANGAT...Pemain KC FC baramai-ramai mengalih tiang gol sebelum bermula latihan. - Foto Ghazali Bujang

Liga Super 2024: Perubahan waktu berbeza sesi latihan Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Waktu sesi latihan skuad Kuching City FC (KC FC) sedikit berbeza sepanjang bulan Ramadan iaitu pada sebelah petang dan malam.

Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandi Ali Hassan, menegaskan0 perubahan tersebut terpaksa dilakukan dan tidak dapat dielakkan, namun ia hanya bersifat sementara.

Dengan kata lain menurut Iswandi, ketiadaan padang untuk berlatih pada waktu azali terbabit menjurus kepada perubahan rutin harian bagi kem kendalian Aidil Sharin Sahak itu.

“Kita perlu menunggu adanya kekosongan padang untuk berlatih dan sebab itu ia menjurus kepada perubahan waktu sesi latihan para pemain sepanjang bulan Ramadan ini.

“Perubahan waktu latihan terbabit tidak menimbulkan masalah besar bagi kita kerana pada masa sama dapat memberi keselesaan terutamanya kepada pemain yang beragama Islam untuk berbuka puasa terlebih dahulu sebelum memulakan latihan,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Iswandi mengakui pihaknya turut merancang mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.

“Perancangan untuk membawa pasukan menjelajah ke destinasi yang telah dikenal pasti, tetapi ia belum dimuktamadkan sepenuhnya lagi,” tambah Iswandi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC