ARTIKEL

Liga Super 2024: Tiga mata jadi buruan Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menggesa pemainnya memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri (Stadium Negeri, Petra Jaya) menentang Sri Pahang FC pada Ahad nanti.

Ia penting bagi memastikan misi serampang dua mata, meraih kemenangan dan menjurus kepada perolehan tiga mata penuh.

Menurut Irwanshah, meskipun sedar ia bukan tugas mudah mengambil kira pasukan pelawat yang dibarisi ramai pemain berpengalman, namun beliau percaya dengan kemampuan serta semangat yang ada pada setiap pemain.

“Saya amat yakin dengan kemampuan pemain dalam merealisasi impian tersebut,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Irwanshah percaya jika pemain yang akan diturunkan pada perlawanan itu nanti dapat mengekalkan momentum atau corak permainan ketika Kuching City FC mencatat keputusan seri (1-1) menentang KL FC seminggu lepas, tidak mustahil keputusan positif akan memihak kepada anak-anak buahnya.

Dalam perkembangan sama, Irwanshah turut menyeru peminat seluruh Sarawak hadir ke Stadium Negeri, Petra Jaya Ahad ini untuk memberikan sokongan kepada pemain.

BERITA LAIN

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU