ARTIKEL

Yuki Tanigawa (kiri) meraikan jaringan gol penyamaannya buat Kuching City pada perlawanan malam tadi. - FOTO KC FC

Liga Super 2024: Yuki Tanigawa penyelamat Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC sekadar berpuas hati dengan satu mata berharga selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Pemain pertahanan, yang juga bintang import dari negara matahari terbit, Yuki Tanigawa, menjadi wira buat Kuching City apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80.

Terengganu FC terdahulu mengemudi pentas saingan selepas penyerang kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid, berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-51.

Ia merupakan keputusan seri kali ketiga buat pasukan ‘City Boys’ selepas empat perlawanan setakat ini.

Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak sebenarnya boleh memenangi perlawanan tersebut jika melihat kepada lima hingga enam peluang terbaik yang diperoleh pada babak pertama.

Namun, percubaan yang dilakukan oleh Jordan Mintah, Tchetche Kipre, Pedro Henrique dan James Onyekachukwu meliar selain terkena palang dan tiang gol.

Babak kedua menyaksikan deretan peluang terhidang kepada jentera serangan Kuching City FC namun terus gagal menghasilkan jaringan.

Apa pun, keputusan seri itu meletakkan Kuching City di tangga kelapan dengan tiga mata dalam kedudukan liga.

BERITA LAIN

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara