ARTIKEL

Liga Super: NSFC berupaya jaring empat gol adalah satu perubahan besar – Devan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selain setiap pemain dapat menyesuaikan diri dengan rentak permainan membawa impak kepada kemenangan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam saingan aksi Liga Super malam tadi.

Ketua Jurulatih NSFC K. Devan berkata kemenangan besar empat gol oleh skuad ‘Hobin Jang Hobin’ ke atas Kelantan FC dalam satu perlawanan benar-benar menjadi perubahan besar buat pasukannya untuk meneruskan rentak kemenangan.

“Dalam keadaan padang basah, perlu beri penekanan kepada kawalan bola dan memang kita ada banyak peluang untuk menjaringkan gol tapi ini adalah kali pertama kita menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.

“Saya memang cukup berpuas hati dengan (corak) permainan ini walau pun saya rasa kita boleh tambah jaringan lagi, tetapi setakat ini dapat tiga mata dan ia baik untuk pasukan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu, pasukan NSFC meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila mengalahkan pasukan tercorot, Kelantan FC, 4-2.

Kemenangan itu meletakkan NSFC berada di tangga ketujuh liga selepas memungut lapan mata setakat ini.

Devan berkata walaupun pasukan telah merekodkan dua kemenangan namun ia belum boleh meletakkan NSFC di zon selesa.

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Choi Moon Sik yang akur dengan kekalahan tersebut mengakui pasukannya berdepan tekanan ketika bertemu pasukan tuan rumah.

“Betul (perlawanan ini memberikan) tekanan tapi kita perlu segera pulih dan meingkatkan motivasi pemain untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Kelantan FC kini menghuni tangga ke-11 liga. – BERNAMA

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU