ARTIKEL

PENGERUSI...Abdul Muhtalip Tegak.

Liga veteran, super otai: Saingan bermula 6 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Inilah peluang kepada kelompok pemain berstatus veteran menampil kembali aksi di padang.

Kelab V-Foss FC akan menganjurkan Liga Bola Sepak Veteran Edisi Super Otai 45 Tahun 2024.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, liga berkenaan akan bermula 6 Julai depan di padang bola sepak Kampung Moyan Ulu, Asajaya.

Menurut Muhtalip, sasaran pihaknya cuba menghimpunkan 16 pasukan.

Oleh yang demikian kata Muhtalip, pasukan berminat dialu-alukan untuk menyertai liga kali ini.

“Pihak kita menyeru pasukan berminat untuk menyertai liga kali ini. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi beliau ditalian 012-8844581,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Muhtalip, format kejohanan adalah liga kumpulan dan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir.

Hadiah wang tunai lumayan menanti kelompok tiga pasukan terbaik, juara, naib juara dan ketiga bersama.

BERITA LAIN

SMK Muara Tuang muncul juara

SADONG JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB)

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup