Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Liga Zon Tengah 2022: Machan FC mara ke final

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
LAYAK KE FINAL...Pemain Machan FC bersorak kegembiraan. - FOTO FAIZAL BUJANG
LAYAK KE FINAL…Pemain Machan FC bersorak kegembiraan. – FOTO FAIZAL BUJANG

SIBU: Pasukan Machan FC berjaya mara ke final Liga Bola Sepak Zon Tengah, Sibu 2022 selepas menyingkirkan Nangka United (4-2).

Kejayaan tersebut diperoleh menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Padang Bola Sepak Penjara, Sibu, petang tadi.

Perlawanan masa penuh 90 minit separuh akhir kedua itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

“Cukup gembira dengan kemenangan itu. Paling manis sekali, kami berjaya mara ke perlawanan akhir,” ujar ketua jurulatih Machan FC, Ramles Sari ketika ditemui sebaik selesai perlawanan.

Sambil menyifatkan kejayaan mara ke pentas final sebagai hadiah paling berharga buat Adun Machan, Allan Siden Gramong yang telah banyak memberi sokongan kepada pasukan terbabit.

Ketua jurulatih Nangka United, Roziman Ramblie pula berpuas hati dengan persembahan dipamer anak-anak buahnya.

“Pemain telah memberikan yang terbaik, beberapa peluang dimiliki namun gagal untuk menghasilkan sebarang jaringan,” jelas Roziman.

Lawan Machan FC untuk aksi final yang dijadual berlangsung pada 3 September nanti akan diketahui sebaik sahaja berakhir aksi separuh akhir kedua antara SD FC dan 7DFC di Kompleks Sukan Kapit petang esok.

. REBUT…Penyerang import Machan FC, dari Sabah Rozaimi Abdul Rahman (kanan) dan pemain Nangka United, Nazrul Abdul Samad (kiri) saling berebut untuk mendapatkan bola. – FOTO FAIZAL BUJANG

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru