Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Lima acara sukan bertaraf antarabangsa di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk mengadakan sekurang-kurang lima acara sukan bertaraf antarabangsa dalam usaha memperkasakan pengurusan sukan serta menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Antara yang dicadangkan adalah Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Sarawak, Kejohanan Boling, Kejohanan Tenpin Remaja Dunia 2023, Persidangan Asia Pasifik Analisis Prestasi Psikologi Sukan dan Kejohanan Badminton Sedunia 2023.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara seumpama itu membantu membangunkan pelbagai aspek termasuk strategi serta kemahiran pentadbiran dan pengurusan pemain, jurulatih, pengurus dan persatuan sukan.

“Ini juga selaras dengan inisiatif pelancongan sukan seperti yang ditubuhkan dalam Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (PCDS) bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong.

“Di samping itu, kita juga berupaya membina asas yang lebih besar dalam mengetengahkan bakat baharu dan meningkatkan kualiti prestasi atlet, serta peluang kepada penduduk tempatan menyaksikan acara antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Baca lain  Kuching City kecewakan Perak FC

Beliau menambah, penganjuran program berkaitan seperti persidangan, bengkel, seminar dan lain–lain juga mampu meningkatkan pengetahuan serta membentuk sikap positif dalam kalangan pengamal sukan Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian