ARTIKEL

Lima aksi pemanas badan KC FC bulan depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad berwajah baharu Kuching City FC (KC FC) akan berkampung Kuala Lumpur sekali gus bakal mengharungi sekurang-kurangnya lima aksi pemanas badan.

Ia sebagai landasan terbaik membentuk keserasian antara pemain selain pendedahan kepada pemain baharu kepada perlawanan kompetitif.

Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC) Irfan Bakti Abu Salin berkata, mengikut perancangan sesi latihan itu dijadualkan pada bulan Januari.

“Kita akan berkampung di Kuala Lumpur bagi persiapan pramusim. Pemain akan mengharungi empat atau lima perlawanan persahabatan,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Mengenai pasukan yang akan diuji untuk perlawanan persahabatan itu kelak, Irfan memberitahu calon pasukan sudah diketahui.

The City Boys kembali menjalani latihan pada 20 Disember lalu sebagai persiapan untuk menghadapi kempen Liga Premier 2022.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU