ARTIKEL

Lima anjing K9 Bomba Sarawak ‘pencen’ tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Lima ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Sarawak akan ditamatkan perkhidmatan menjelang tahun 2025.

Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, ia berikutan tempoh perkhidmatan kesemua anjing K9 terbabit telah melepasi had kecerdasan maksimum iaitu enam ke tujuh tahun.

“Kalau mengikut tempoh (matang) memang tahun ini kita membuat penggantian (anjing K9 baharu) untuk memperkasakan keupayaan (operasi).

“Hal ini disebabkan anjing apabila sudah berumur ketepatan mereka akan menurun,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, hari ini.

Jelasnya, penggantian anjing K9 JBPM Sarawak akan dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah perolehan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM12 juta, tahun lalu.

Katanya, pembelian untuk seekor anjing pengesan boleh mencecah kepada RM124,000 seekor dengan usia mereka pada kadar dua hingga tiga bulan.

Menurut Khirudin, setakat ini  Sarawak mempunyai enam ekor anjing K9 termasuk Cliff, iaitu anjing disiplin Cadaver yang dilaporkan meninggal dunia pada tarikh Hari Krismas 2023.

Selain Cliff, lima lagi anjing K9 JBPM Sarawak dikenali sebagai Sue, Wilf, Bella, Daisy, dan Bailey.

Mengulas mengenai penempatan anjing K9 yang akan ditamatkan tempoh perkhidmatan, Khirudin berkata sebarang proses pengendalian serta penempatan K9 ‘pencen’ adalah di bawah bidang kuasa ibu pejabat.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU