ARTIKEL

Lima destinasi menarik di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN terletak kira–kira 62 kilometer dari selatan Kuching dan 42 kilometer dari sempadan Malaysia— Indonesia di Tebedu.

Daerah ini mempunyai banyak lokasi yang berpotensi dijadikan destinasi pelancongan tempatan mahupun pelancongan luar.

Penulis ingin berkongsi lima tempat menarik sekiranya anda berhasrat untuk berkunjung ke Serian.

RUMAH PANJANG BIDAYUH

Rumah panjang Bidayuh di Serian masih mengekalkan seni asli binaan masyarakat Bidayuh dan mempunyai 24 pintu.

Terletak di Kampung Mongkos, Entangan (rumah panjang) Sembu ini pernah menjadi tempat perlindungan masyarakat setempat ketika era penjajahan.

Kini, ia dijadikan tempat penginapan yang dinamakan Homestay Kampung Mongkos.

Pada perayaan Gawai, rumah panjang ini menjadi pusat tarikan pelancong kerana memaparkan aktiviti asli perayaan melibatkan muzik, tarian dan makanan.

AWAH GAWAI TUN ABDUL RAZAK

Terletak di Kampung Pichin, rumah panjang 22 pintu ini menyediakan pengalaman hidup kaum Bidayuh.

Menariknya, Awah Gawai Tun Abdul Razak merupakan nama bagi rumah panjang ini sempena majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak pada 2008.

Bukan sahaja penduduk kampung, penduduk luar juga boleh menggunakan rumah panjang tersebut untuk majlis keramaian dan pelbagai aktiviti.

TAMAN KLB

Taman KLB Tebedu menjadi rumah pelbagai haiwan dan tumbuhan.

Taman ini yang merupakan zoo mini dan ladang agro terletak di Jalan Tebedu, Serian — 90 kilometer dari Kuching.

Perjalanan menuju ke Taman KLB dari Kuching memakan masa sekitar satu setengah jam.

Pengunjung tempatan mahupun asing boleh bersantai sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang menarik.

Banyak aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung di Taman KLB, terutama untuk beriadah.

GUA GUNUNG SILABUR

Terletak di Kampung Lobang Batu, Gua Gunung Silabur menjadi tarikan mereka yang suka aktiviti mendaki.

Pengunjung pasti berpuas hati apabila melihat pemandangan menakjubkan setelah berjaya tiba di puncak gunung.

Jejak sepanjang jalan menuju ke destinasi ini sangat memukau pengunjung.

Alam sekelilingnya sangat indah seperti ketika menggunakan jambatan untuk menyeberangi anak sungai.

Tarikan lain seperti gua pula menjadi tempat teduhan kepada ribuan burung dan kelawar.

SUNGAI SAMBUD

Berkelah pada cuaca panas antara aktiviti yang cukup menyeronokkan.

Dikelilingi panorama hijau dan aliran air yang mengalir dari hulu sungai Gunung Rawan di Kampung Mapu Kijabu menjanjikan suasana yang santai.

Kawasan ini turut dilengkapi kemudahan awam seperti tempat makan, kawasan barbeku dan bilik air.

BERITA LAIN

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

Faham isi hati anak

Kita belajar menjadi ibu bapa untuk mengurus dan membesarkan anak. Namun, ada satu perkara yang sering ibu bapa terlupa iaitu memahami dan mendengar isi hati

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Bentuk pelajar berkualiti

PERKHEMAHAN tahunan merupakan aktiviti yang dirancang di bawah unit kokurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) peringkat sekolah. Ia menjadi tempat buat ahli TKRSM untuk

Keindahan sejarah, budaya Sambas

KEINDAHAN budaya dan sejarah Sambas mampu diketengahkan menerusi Seminar Sejarah Kesultanan Sambas anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Menurut Penasihat

BERITA TERBARU