Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lima ditahan menjalankan aktiviti perikanan di zon larangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Maritim Malaysia Zon Bintulu menahan sebuah bot nelayan kelas C pada kedudukan tidak kurang tujuh batu nautika dari Tanjung Kidurong kerana melanggar syarat sah lesen.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kawasan perairan di sini, sekitar 3.30 petang pada Jumaat atas kesalahan menjalankan aktiviti perikanan di zon larangan.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin rondaan telah mengesan dan menahan bot nelayan tersebut ketika sedang leka menjalankan aktiviti penangkapan ikan pada kedudukan lebih kurang tujuh batu nautika dari Tanjung Kidurong.

Maritim Malaysia Zon Bintulu menahan sebuah bot nelayan kelas C pada kedudukan tidak kurang tujuh batu nautika dari Tanjung Kidurong kerana melanggar syarat sah lesen.

Menurutnya, bot tersebut dikendalikan seorang tekong warganegara Indonesia bersama empat kru, tiga daripadanya warga Indonesia, manakala seorang lagi warga tempatan berumur antara 26 hingga 53 tahun.

Bagaimanapun, katanya, kru Indonesia yang ditahan mempunyai pasport dan permit untuk bekerja di atas vesel nelayan daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia Zon Bintulu menahan sebuah bot nelayan kelas C pada kedudukan tidak kurang tujuh batu nautika dari Tanjung Kidurong kerana melanggar syarat sah lesen.

“Bot dan kesemua kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk tindakan lanjut bersama hasil tangkapan dianggarkan 300 kilogram.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah pada lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan kompaun.

Tambah Mohd Khairol, banyak aduan diterima berhubung pencerobohan kawasan pesisir pantai terutama bot kelas C serta berlaku kerosakan peralatan nelayan kecil.

“Justeru, kita telah menjadualkan pergerakan rondaan aset di kawasan yang sering menjadi lokasi tumpuan seperti yang dilaporkan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru