ARTIKEL

Lima idea hiasan bilik permainan video

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KECENDERUNGAN menghias bilik permainan video semakin popular dalam kalangan remaja.

Sama ada bilik bersaiz besar atau kecil atau hanya satu sudut di ruang tamu, ruangan permainan video boleh dijadikan tempat berehat.

Hiasan rumah dan pelan lantai anda boleh diubah suai mengikut minat individu.

Justeru, pertimbangkan untuk mengisi ruangan tersebut dengan perabot dan aksesori untuk menterampilkan ruangan tersebut.

PENCAHAYAAN PERSEKITARAN

Anda perlu mencipta suasana tenang pada bilik tersebut untuk menikmati pengalaman permainan yang menyeronokkan.

Letakkan lokasi meja agar tidak terpengaruh silau cahaya matahari.

Cahaya semula jadi bukanlah pilihan yang sesuai untuk bilik permainan.

Kecerahan mungkin mengganggu visual dan keseronokan bermain dengan menghadap skrin komputer.

Jika ruang permainan anda adalah untuk permainan video, maka jalur lampu LED, lampu atas kepala atau lampu disko mungkin lebih sesuai untuk dijadikan hiasan bilik.

PEMILIHAN AKSESORI

Selain komputer atau televisyen, anda harus memilih peranti permainan video dan aksesori yang diperlukan untuk mengisi ruangan tersebut.

Pastikan anda mengambil kira keperluan untuk permainan video dengan mengisi kerusi yang selesa di dalamnya.

Baca lain  Fokus kualiti hidup rakyat

Untuk jenis permainan video, terdapat konsol permainan, Nintendo, PS3, Xbox dan PlayStation atau mana-mana permainan kegemaran anda, semuanya harus disusun kemas.

BILIK KEDAP BUNYI

Bilik permainan video boleh menjadi zon yang agak bising baik suara dari permainan video atau daripada suara anda sendiri.

Mengecilkan kelantangan bunyi permainan video mungkin bukan pilihan.

Ini kerana kebanyakan permainan video memerlukan suara sebagai kelebihan pemain.

Ia mungkin mengganggu penghuni rumah lain dan jiran.

Oleh itu, bilik kedap bunyi diperlukan sebagai penyelesaian terbaik.

Panel ringkas atau pelapik getah pada pintu dan tingkap boleh membantu “menyerap” bunyi, sekali gus mengurangkan kelantangan bunyi tersebut.

Untuk menjimatkan kos, bekas kotak simpan telur juga boleh digunakan.

HIASAN DINDING

Hiasan dinding di bilik permainan anda boleh mencerminkan permainan kegemaran anda.

Selain menggunakan watak permainan video sebagai hiasan, pertimbangkan untuk menghias dinding dengan hiasan yang mempunyai lampu LED.

Banyak hiasan dinding menarik dijual sebagai pilihan.

Anda boleh menggabungkan pelbagai jenis hiasan dengan watak permainan video kegemaran.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh