HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Lima individu ditahan tanam pokok ganja di Sungai Bidut 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TUMPAS...Mancha (kanan) dan ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah (kiri) ketika melihat pokok ganja yang dirampas.
TUMPAS…Mancha (kanan) dan ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah (kiri) ketika melihat pokok ganja yang dirampas.

SIBU: Taktik menanam pokok ganja di kebun sayur akhirnya terbongkar apabila polis berjaya menghidu kegiatan itu di Sungai Bidut pada Rabu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Mancha Ata berkata, serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu itu telah menahan lima suspek yang berusia 29 hingga 59 tahun.

“Lima suspek yang ditahan itu membabitkan seorang lelaki dan dua wanita tempatan, termasuk seorang lelaki dan wanita warga asing yang dipercayai pekerja di kebun ganja berkenaan.

“Serbuan itu turut merampas 34 pokok ganja yang berketinggian dua hingga tujuh kaki yang kesemuanya bernilai kira-kira RM56,348,” katanya pada sidang media di Balai Polis Sungai Merah, hari ini.

Mancha memberitahu, pihak polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM40,000 di kebun terbabit.

Tambah beliau, pemeriksaan saringan air kencing ke atas lima suspek mendapati seorang lelaki tempatan positif dadah jenis tetrahydnocarrabinol (TBC) manakala Keempat-empat suspek yang lain didapati negatif dadah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kesalahan jenayah.

“Seorang suspek lelaki tempatan disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, dua wanita tempatan disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Lelaki dan wanita masing-masing warga asing itu pula disiasat mengikut Seksyen 6B ADB,” ujar beliau.

Manakala bagi kenderaan yang disita itu, ujar beliau, ia dirampas di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucutan Hak Harta) 1988.

Mancha juga memberitahu, permohonan reman ke atas suspek terbabit telah dibuat di Mahkamah Majistret Sibu semalam (Khamis) di mana kesemua suspek akan direman selama dua hari hingga esok (Sabtu).

“Jika disabitkan kesalahan suspek terbabit boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan yang tidak kurang enam sebatan,” tegas beliau.

Beliau menambah, modus operandinya suspek menjadikan kebun sayur terbabit sebagai tapak tanaman ganja bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

RAMPAS…Pokok ganja yang dirampas.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru