Trending

Lima individu ditahan terbabit perjudian dalam talian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Empat lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supritendan Aidil Bolhassan berkata, kesemua suspek ditahan dalam serbuan Op Dadu berasingan yang dijalankan oleh sepasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, semalam.

Menurutnya, operasi dan tangkapan dijalankan di lima lokasi iaitu sebuah kafe di Jalan Belatok, sebuah kedai serbaneka di Jalan Batu Kawa, sebuah restauran di Tapah, sebuah kedai runcit kawasan kampung dan sebuah rumah di Jalan Padawan.

“Tangkapan pertama melibatkan suspek wanita kira-kira jam 10.55 pagi di sebuah kedai kafe di Jalan Belatok, Batu Kawa.

Polis IPD Padawan menahan salah seorang suspek wanita dalam salah satu serbuan

“Pasukan operasi turut merampas seunit telefon bimbit daripada suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidil berkata, tangkapan kedua dan ketiga melibatkan dua lelaki di sebuah kedai serbaneka di Jalan Batu Kawa serta sebuah restauran di kawasan Tapah dalam serbuan kira-kira jam 2 petang dan jam 3.45 petang.

Katanya, turut dirampas wang tunai berjumlah RM357 dan RM170, dua unit telefon bimbit serta dua keping kertas bertulis ID dan kata laluan.

Aidil menambah tangkapan keempat dan kelima melibatkan dua lelaki di sebuah kedai runcit kawasan kampung dan sebuah rumah di Jalan Padawan kira-kira jam 5.30 petang dan 5.45 petang.

“Ketika serbuan, pasukan operasi turut merampas seunit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM323.

“Selain itu, seunit mesin pencetak kertas kecil, 16 keping kertas bertulis dan bercetak nombor, dua batang pensel dan satu kotak kayu turut dirampas,” katanya.

Aidil menyatakan sejumlah RM850 wang tunai dirampas dalam serbuan tersebut dan kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru