ARTIKEL

Dadah jenis ganja yang dirampas dalam Ops Tapis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah(IPD) Bintulu pada Rabu.

Lima individu termasuk seorang wanita ditahan disyaki edar dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bersama-sama dadah disyaki ganja seberat 136 gram dalam Op Tapis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah(IPD) Bintulu di kawasan Kampung Baru, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 21 hingga 58 tahun itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah sekitar Bintulu.

Beliau berkata, polis percaya dadah yang dirampas itu bertujuan untuk diedarkan di sekitar bandar Bintulu yang boleh digunakan oleh 136 penagih.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati seorang suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) manakala yang lain negatif.

“Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nixon lagi, jika disabitkan kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, boleh di penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan juga sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Manakala, jika positif dadah dan disabitkan kesalahan di bawah Sek.15(1)ADB 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun.

Nixon meminta orang ramai melaporkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah ini kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)