Lima jalan utama di Betong tenggelam

BETONG: Lima kawasan di Betong dilimpahi air setinggi empat kaki menyebabkan jalan utama tidak dapat dilalui antaranya Issu Bangat, Kejemut, Tembong, Tabut dan SK Tabut.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi, kebanyakan kawasan dilimpahi air sehingga tidak dapat dilalui.
Kawasan lain katanya seperti Buyong hanya dinaiki air pada paras dua kaki.
Kawasan di SK Lidong pula masih selamat dan tidak dinaiki air.
Vincent menasihati penduduk di kawasan rendah agar lebih berwaspada.
“Kita menjangkakan paras air akan lebih tinggi jika hujan berterusan.
“Justeru, semua pihak perlu peka dengan perubahan semasa dan jangan melalui kawasan yang dinaiki air sehingga paras empat kaki kerana ia berbahaya,” katanya di sini, hari ini.
Pihaknya akan terus memantau keadaan di kawasan rendah dan kerap banjir dari semasa ke semasa.

PANTAU Salah seorang anggota pasukan Charlie meninjau kawasan berisiko banjir di Betong, pagi tadi.

Kawasan berisiko