ARTIKEL

Lima kapal tunda musnah terbakar di Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TANJUNG MANIS: Lima buah kapal nelayan ikan jenis tunda musnah dalam kebakaran di Tanjung Manis, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati lima buah kapal nelayan ikan jenis tunda yang berlabuh berdekatan dengan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terbakar.

“PKO bertindak membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran 700 kaki dua pancutan pam jentera dan sumber air dari pili berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, terdapat lebih kurang 20 kapal milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang berlabuh di LKIM untuk dibaikpulih dan kebakaran hanya melibatkan lima buah kapal.

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak pada jam 5.40 pagi.

Pihak bomba membantu memadamkan kebakaran.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU