Lima kluster catat pertambahan 40 kes positif baharu

KUCHING: Terdapat lima kluster aktif merekodkan penambahan kes hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS berkata, terdapat penambahan satu kes melibatkan Kluster Jalan Awang, Sibu justeru menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 43 kes.

Katanya, kluster mencatatkan peningkatan baharu seperti berikut Bukit Tunggal, Julau (4), Jalan Muhibbah, Betong (29), Emperoh Jambu, Kuching (5), Gelong, Kapit, (1)

Dalam perkembangan berkaitan, JPBNS memberitahu Daerah Samarahan telah kembali ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Dalam tempoh 14 hari lepas katanya lagi, Daerah Subis pula telah bertukar ke status merah setelah merekodkan sejumlah 49 kes jangkitan. Daerah lain Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2,755 kes jangkitan tempatan dilaporkan, manakala Bau, Kanowit, Sarikei, Serian, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 177 kes jangkitan dilaporkan.

Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh pula kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 85 kes jangkitan tempatan.

Taqmbah JPBNS lagi , 11 daerah yang lain kekal berstatus hijau.

Suara Sarawak