Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Lima kluster komuniti dilaporkan hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Terdapat lima kluster baharu melibatkan kluster komuniti dilaporkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kluster baharu yang dilaporkan tersebut melibatkan daerah Kuching, Sebauh, Tatau, Pakan dan Subis.

“Bagi daerah Kuching, ia melibatkan kluster Pinang Jawa dengan 91 orang didapati positif manakala daerah Sebauh melibatkan Kluster Sungai Setulai (12 positif).

“Bagi daerah Tatau, ia melibatkan Kluster Bukit Barun, (52 positif), daerah Pakan melibatkan Kluster Beruru, (44 positif) dan daerah Subis melibatkan Kluster Sungai Tangap (42 positif),” kata JPBN, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daerah Sebauh telah bertukar ke status merah setelah merekodkan 45 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas

Manakala daerah Julau telah bertukar ke status jingga setelah merekodkan 22 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru