ARTIKEL

Suspek ditahan dipercayai terlibat dalam kecurian kabel di Bintulu

Lima kumpulan terlibat kes curi kabel ditumpaskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Polis berjaya menumpaskan lima kumpulan terlibat dalam kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia yang beroperasi sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, 15 individu berusia antara 16 hingga 65 tahun ditahan, dengan 11 daripadanya warga tempatan, manakala empat lagi merupakan warga asing.

Beliau berkata, sepuluh suspek telah didakwa di mahkamah, manakala lima orang lagi masih dalam siasatan.

“Modus operandi membabitkan pemotongan kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.

“Anggaran kerugian akibat kecurian ini sebanyak RM500,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tegas Nixon lagi, polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah curi kabel sehingga menggugat keselamatan awam.

“Sekiranya ada pihak yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti jenayah boleh hubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” katanya.

Baca lain  Kepayahan hidup Mazura dapat perhatian
Sebahagian kabel milik Telekom Malaysia yang dicuri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh