NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Lima lelaki didenda, terlibat aktiviti sabung ayam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lima lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mengikuti aktiviti sabung ayam haram di Batu Kawa, awal Disember lalu.

Tertuduh Lim Chai Su, 32, Aloysius Jimie, 33, Mixwell Andrew Pidin, 26, Jonie Bakak, 30, dan Petrus Agit, 22, masing-masing mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama hadir ke sesi sabung ayam tanpa lesen di kawasan lapang di Jalan Ming Chung, Batu Kawa, 4 Disember lalu.

Oleh itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952 dan dihukum di bawah Peraturan 5 (1) akta yang sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak mengetuai pasukannya pergi ke kawasan lapang di Jalan Ming Chung, Batu Kawa, kerana dipercayai terdapat aktiviti sabung ayam.

Baca lain  Taman kaktus mini Candida

Semasa tiba di lokasi, lebih kurang 50 meter dari tempat letak kenderaan terdapat sekumpulan orang sedang berkumpul melakukan aktiviti sabung ayam.

Menyedari kehadiran pihak polis, mereka terus lari ke dalam hutan berhampiran dan pengadu mengarahkan anggotanya mengejar dan menangkap mereka.

Susulan itu, pihak polis berjaya menangkap enam orang lelaki yang bersembunyi di dalam semak.

Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan dan menjumpai barang-barang untuk aktiviti sabung ayam dan rampasan turut dilakukan seperti tiga ekor ayam yang masih hidup serta lima ekor ayam yang telah mati.

Hasil siasatan mendapati aktiviti sabung ayam itu tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran pihak berkuasa dan kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan kerana terlibat dalam aktiviti tersebut.

Difahamkan, salah seorang daripada enam suspek yang berjaya ditangkap merupakan remaja berusia 19 tahun masih menunggu pertuduhan memandangkan dia adalah pesalah muda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azmei Ahmad manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru