
SIBU: Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes pergaduhan di luar sebuah bistro di Jalan Pahlawan di sini.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata penahanan kesemua suspek dibuat susulan satu video pergaduhan berdurasi 42 saat itu tular di media sosial.
Katanya video pergaduhan itu dikesan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kira-kira jam 11 pagi, semalam.
“Video itu memaparkan kejadian pergaduhan antara beberapa orang lelaki di luar sebuah bistro di Jalan Pahlawan yang dipercayai berlaku pada malam Sabtu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, katanya hasil risikan yang dibuat berjaya menahan kelima-lima suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun itu kira-kira jam 2.15 petang semalam.
Katanya sesemua suspek akan dipohon tahanan reman pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.