ARTIKEL

Aid parcels are airdropped over the northern Gaza Strip on March 8, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the Hamas movement. The US military said it carried out a fresh aid airdrop of aid into Gaza on March 7, its third in less than a week. Jordan's military said aircraft from Belgium, Egypt, France and the Netherlands had also taken part in the latest US-Jordanian operation. The UN's World Food Programme warned the volume of aid that could be airdropped would do nothing to avert famine in Gaza. (Photo by AFP) / “The erroneous mention appearing in the metadata of this photo by - has been modified in AFP systems in the following manner: [on March 8] instead of [on March 5]. Please immediately remove the erroneous mention from all your online services and delete it from your servers. If you have been authorized by AFP to distribute it to third parties, please ensure that the same actions are carried out by them. Failure to promptly comply with these instructions will entail liability on your part for any continued or post notification usage. Therefore we thank you very much for all your attention and prompt action. We are sorry for the inconvenience this notification may cause and remain at your disposal for any further information you may require.”

Lima maut dihempap bungkusan bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WILAYAH PALESTIN: Seorang pegawai perubatan di hospital terbesar Gaza pada Jumaat berkata, bantuan kemanusiaan yang digugurkan dari udara di utara wilayah Palestin mengorbankan lima orang dan mencederakan 10 yang lain.

Mangsa dibawa ke hospital Al-Shifa di Kota Gaza, kata ketua jururawat bilik kecemasan, Mohammed al-Sheikh, kepada AFP.

Sheikh berkata, insiden maut melibatkan bantuan yang digugurkan dari udara itu berlaku di utara kem pelarian pantai Al-Shati.

Seorang saksi dari kem memberitahu AFP bahawa dia dan abangnya mengikuti bantuan payung terjun yang membawa bantuan itu dengan harapan mendapat sebungkus tepung.

“Kemudian, secara tiba-tiba, payung terjun itu tidak terbuka dan terjatuh seperti roket ke atas bumbung salah sebuah rumah.

“Sepuluh minit kemudian, saya lihat orang ramai memindahkan tiga syuhada dan yang lain cedera.

“Mereka adalah orang yang tinggal di rumah tempat bungkusan bantuan itu jatuh,” kata Mohammed al-Ghoul, 50, kepada AFP.

Amerika Syarikat dan Jordan adalah antara negara yang menjalankan operasi menggugurkan bantuan dari udara di utara Gaza, tempat ratusan ribu orang menghadapi keadaan teruk selepas lebih lima bulan dilanda perang.

Baca lain  Pemberontakan bawa risiko perpecahan Myanmar

Sumber tentera Jordan memberitahu AFP bahawa kerajaan itu tidak terlibat dalam insiden bantuan jatuh yang menyebabkan kematian pada Jumaat.

“Beberapa payung terjun yang jatuh ke tanah susulan masalah teknikal semasa pengguguran bantuan di Gaza bukan dari pesawat Jordan.

“Empat pesawat Jordan yang melakukan melakukan pengguguran bantuan dari udara dengan kerjasama lima negara lain, menjalankan misi itu tanpa sebarang gangguan,” kata sumber itu.

Merujuk kepada lima yang terbunuh pada Jumaat, pejabat media kerajaan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, bantuan digugurkan dari udara adalah tindakan siasia dan bukan cara terbaik untuk membawa bantuan itu masuk.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

Lawrence Wong perdana menteri baharu Singapura

SINGAPURA: Lawrence Wong pada Rabu, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu negara kota itu, setelah Lee Hsien Loong berundur selepas dua dekad memegang jawatan itu.

100 anggota keselamatan cedera

NOUMEA: Seramai dua terbunuh, manakala ratusan lagi cedera dengan kedai dirompak dan bangunan awam dibakar semasa malam kedua rusuhan di New Caledonia, kata pihak berkuasa

BERITA TERBARU

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran