ARTIKEL

Lima nelayan Vietnam tanpa dokumen ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Lima nelayan asing termasuk tekong dipercayai warga Vietnam ditahan di kedudukan lebih kurang 88 batu nautika dari Tanjung Kidurong, di sini kira- kira jam 11.30 pagi Rabu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kesemua mereka yang berumur 22 hingga 44 tahun itu ditahan semasa operasi rutin di perairan Bintulu oleh kapal ronda Maritim Malaysia.

Katanya semasa menjalankan operasi, pihaknya telah mengesan sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan.

“Apabila menyedari kehadiran Maritim Malaysia, bot itu telah memotong tali pukat dan terus melarikan diri serta enggan memberikan kerjasama.

“Setelah adegan kejar mengejar berlaku, akhirnya bot nelayan itu berjaya dipintas dan terus ditahan dan dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua kru yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta gagal mengemukakan lesen bot yang sah, selain tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Bagaimanapun, tiada muatan hasil laut dijumpai di atas bot kerana dipercayai telah dipindahkn ke bot nelayan asing yang lain.

“Bot dan peralatan menangkap ikan disita, dianggarkan bernilai RM 1 juta.

“Kesemua kru beserta bot nelayan asing akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM6.6 juta bagi seorang anggota kru jika disabitkan bersalah,” ujarnya.

Katanya, sebarang aduan serta maklumat berkenaan sebarang salah laku atau kemalangan di laut, orang ramai boleh menghubungi secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

Lima nelayan warga Vietnam ditahan Maritim Malaysia Zon Bintulu kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan di perairan Bintulu

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian

BERITA TERBARU