Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lima pelajar SMK Bintulu lawat ibu pejabat NASA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SERAH…Francis (empat kiri) menyerahkan bendera kepada Edwin, Sean dan Jayden (tujuh, lapan dan sembilan kiri) sambil disaksikan oleh Azmi (tiga kiri).

KUCHING: Ciptaan yang inovatif dan kreatif hasil tangan lima pelajar SMK Bintulu membolehkan mereka disenaraikan antara 10 terbaik bagi acara global NASA Space Apps Challenge 2021.

Kemenangan kelima-lima remaja lelaki tersebut iaitu Edwin Ting, Isaac Yong, Jayden Lu, Sean Lee dan Yiek Siew Hao membolehkan mereka melawat Ibu Pejabat NASA di Washington DC, Amerika Syarikat pada Mac ini yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.

Lawatan tersebut ditangguhkan pada tahun lepas ekoran larangan perjalanan disebabkan oleh pandemik.

Mereka menyertai cabaran tersebut pada 1 dan 2 Oktober 2021, membangunkan satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pemilik rumah untuk memantau pengeluaran elektrik di rumah dan menganggarkan penjimatan elektrik pada masa akan datang dengan panel solar menggunakan data meteorologi dari NASA.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, kementeriannya berbesar hati untuk menyedia peluang kepada pelajar tersebut untuk melawat kemudahan yang terdapat di NASA.

Malah katanya, ia merupakan bukti bahawa kementerian komited dalam membangunkan bakat dan mempromosikan inovasi di negeri ini.

TAHNIAH….Francis (dua kiri) mengucapkan tahniah kepada tiga pelajar yang hadir ke majlis penyerahan bendera kepada pemenang NASA Space Apps Challenge 2021 iaitu Edwin, Sean dan Jayden.

“Kami akan terus menyokong dan menyediakan peluang bersama rakan kongsi kami untuk pelajar Sarawwk untuk mempelajari dan berinteraksi bersama pakar terkemuka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Ini adalah untuk mewujudukan masyarakat yang celik sains, serta memupuk budaya inovasi dan kreativiti yang akan memberi manfaat kepada Sarawak pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera kepada pemenang NASA Space Apps Challenge 2021 di pejabat Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat di Menara Ithsmus, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Azmi Bujang.

Sehubungan itu, Francis berkata, pengalaman yang diraih oleh pelajar ini boleh dijadikan insipirasi dan motivasi kepada diri mereka sendiri dan rakan-rakan mereka untuk meneroka dan mengejar bidang berkaitan teknologi, bumi dan sains.

Dalam lawatan itu juga, katanya, ia akan memberi gambaran kepada pelajar ini untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam membangunkan penyelesaian yang lebih praktikal yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Dalam pada itu beliau turut menggesa pelajar, guru dan ibu bapa untuk mengambil peluang dalam menyertai NAS Space Apps Challenge yang dijadualkan berlansung pada 7 dan 8 Oktober tahun ini.

Katanya, maklumat boleh diperolehi menerusi spaceappssarawak.con

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru