ARTIKEL

Antara dadah yang telah dirampas oleh pihak polis dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di sini pada 5 Mac lalu

Lima pengedar dadah dicekup, bakal terima hukuman berat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Lima individu terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah pada 5 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, warga asing yang turut ditahan merupakan warganegara Indonesia dan China.

Katanya, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di dua pusat hiburan di bandar raya Miri.

“Semasa melakukan pemeriksaan di kedua-dua pusat hiburan tersebut, pasukan serbuan telah menjumpai serta merampas barang disyaki dadah jenis Ecstasy, Erimin 5, dan Ketamin berjumlah 483.90 gram.

“Kesemua jumlah rampasan dianggarkan bernilai sejumlah RM10, 222. 10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Baca lain  IPS-MPS 23 berlangsung pada 19 hingga 25 Ogos di BCCK

Pada masa sama, Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh