Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Lima premis dipotong bekalan elektrik terlibat judi tanpa lesen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
POTONG... Kelima-lima premis dikenakan pemotongan elektrik oleh penguat kuasa

KUCHING: Sebanyak lima premis kedai runcit dan rumah kediaman di sekitar Kuching disyaki menjalankan kegiatan judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata, tindakan tersebut dilakukan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kuching bersama beberapa petugas Sarawak Energy Berhad (SESCO) sekitar jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Kita telah mengerahkan pasukan khas bagi memastikan premis-premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dipotong elektrik.

“Ops Bersepadu itu telah dilakukan mengikut seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di mana polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan bekalan elektrik terhadap premis itu atas kesalahan menjalankan aktiviti perjudian,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching berjaya membuat tiga serbuan ke atas premis-premis perjudian dalam tempoh tiga hari bermulai 29 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Merbin selain itu memberi amaran keras kepada pengusaha berkaitan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perjudian tanpa lesen.

Baca lain  Pencuri rim dan tayar motosikal berjaya ditangkap

Tambahnya, kesemua kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana memperuntukan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukaman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Ujarnya,kesemua sabjek yang ditahan telah direman dan masih dalam siasatan pihak polis.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru