ARTIKEL

Tangkap layar asap tebal menyelubungi ruang udara apabila kira-kira lima buah rumah di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas musnah dalam kebakaran.

Lima rumah hangus terbakar di Kampung Pemukat, Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Lima buah rumah musnah terbakar di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar 5.47 petang.

“Seramai 20 anggota dari dua buah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas serta dibantu BBP Sipitang, Sabah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Jarak perjalanan ke lokasi adalah sejauh 43 kilometer dari balai dan jentera bomba tiba sekitar 6.24 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati lima buah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga berita ini ditulis, anggota bomba masih menjalankan operasi pemadaman.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU