Lima rumah Kampung Sungai Bedil hangus

KUCHiNG: Tinggal debu dan arang, tiada apa yang dapat dilakukan selain melihat rumah pusaka dijilat api.

Mangsa Fatimah Johari, 74, salah seorang pemilik yang rumahnya hangus di Sungai Bedil tadi berkata, ketika kejadian dia sedang berkemas untuk mandi.

“Tiba-tiba saya tercium bau getah terbakar. Dan, sekelip mata rumah saya dan empat jiran terbakar,” katanya.

Dalam kejadian sekitar 3 petang itu, lima buah rumah terbakar mengakibatkan seramai 23 penghuni daripada tujuh keluarga hilang tempat tinggal.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Azaharul Sahari berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Namun katanya kebakaran dipercayai bermula dari rumah berada di tengah, bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan dari pihak forensik bomba.