ARTIKEL

Lima Sekatan Jalan Raya (SJR) tambahan di Serian, Bau dan Lundu berkuat kuasa serta-merta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Sarawak menambah lima Sekatan Jalan Raya(SJR) masing-masing dua di Serian, dua Bau dan satu di Lundu bermula hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menegaskan ia sebagai langkah memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) sekali gus menjadikan SJR di negeri ini berjumlah 32 keseluruhannya.

Menurutnya penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) kali ini akan lebih ketat di mana pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan.

“Tindakan ini dilaksanakan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dan kenderaan dalam misi menyekat penularan Pandemik Covid-19 daripada terus merebak.

“Mana-mana individu ataupun petugas perkhidmatan penting (Esential Service) yang hendak melakukan aktiviti rentas zon atau daerah perlu mendapat kebenaran melalui permit polis,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Selain itu tegasnya, pemantauan juga akan diperketatkan di lokasi tempat tumpuan kunjungan, tempat rekreasi awam serta lokasi HIDE (Hotspot Identification for Dynamic Engagement).

Jelasnya, seramai 1,463 pegawai dan anggota polis telah diatur gerak membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap SOP dalam persediaan menghadapi perayaan Gawai pada awal Jun ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya