ARTIKEL

SALAH seorang penumpang yang terperangkap berjaya dikeluarkan sebelum dikejarkan ke Hospital Betong, semalam

Lima selamat, dua kereta berlanggar dekat Jalan Betong-Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Tiga warganegara Korea dan Jepun antara lima yang terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka berlanggar berhampiran stesen minyak Petronas dekat Jalan Betong-Sri Aman, semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 4.53 petang itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Aruz dan Axia.

Menurutnya, Aruz yang dipandu lelaki berusia 38 tahun bergerak dari arah Sri Aman ke Spaoh.

“Dalam masa yang sama, sebuah Axia yang dipandu wanita berusia 42 tahun baharu sahaja melakukan pusingan-P.

“Beliau yang membawa tiga warganegara Korea dan Jepun bagaimanapun terus memasuki ke lorong utama (lebuh raya) dan tidak menyedari Aruz tiba dari arah belakang sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya ditanya lanjut, malam semalam.

Jelasnya, insiden itu mengakibatkan seorang penumpang Axia iaitu warganegara Jepun Kodama Narumi, 33, terperangkap.

“Selepas berjaya dikeluarkan, beliau dihantar ke Hospital Betong oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kesemua lima yang menaiki dua kenderaan terbabit disahkan selamat termasuk dua warganegara Korea Choi Young, 39 tahun dan pasangannya Lee Yeonsim, 37 tahun,” ujarnya.

Baca lain  Pendapatan zakat 2024 di Sarawak dijangka meningkat

Operasi di lokasi tamat kira-kira 5.37 petang.

KEDUA-DUA kenderaan mengalami kerosakan agak terus akibat kemalangan tersebut

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh