Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lima srikandi GPS cipta sejarah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Sri Doris Sophia Brodi
Datuk Sri Doris Sophia Brodi

KUCHING: Datuk Sri Doris Sophia Brodi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Dayak pertama menjadi ahli Parlimen setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Sri Aman semalam.

Beliau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara berjaya menewaskan penyandang Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat yang bertanding atas tiket Bebas dengan jumlah undi majoriti 4,039.

Persaingan empat penjuru pada PRU-15 ini turut menyaksikan Masir hanya berjaya memperoleh 5,673 diikuti Wilson Entabang (Parti Sarawak Bersatu), 10,092 dan Naga Libau (Pakatan Harapan), 2,021.

Doris juga salah seorang daripada lima srikandi Gabungan Parti Sarawak (GPS)’ dalam PRU-15 ini.

Empat calon GPS lain yang turut berjaya menawan kawasan parlimen masing-masing ialah Datuk Seri Nancy Shukri (Santubong), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan), Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah) dan Rodiyah Sapiee (Batang Sadong).

Nancy yang bertanding di Parlimen Santubong berjaya memperoleh undi sebanyak 24,250 mengalahkan lawannya iaitu Mohamad Zen Peli daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 2,802 dan calon bebas, Affendi Jeman, 1,645 undi.

Sementara itu, Rubiah Wang memperoleh undi sebanyak 42,278 mengalahkan lawannya, Abang Halil daripada PH dengan undi sebanyak 12,833.

Calon GPS baharu iaitu Rodiyah Sapiee juga menang berjaya dengan undi sebanyak 18,668 undi mengalahkan calon PH, Lahaji Lahiya dengan undi 3,775.

Dalam pada itu penyandang Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib berjaya mempertahan kerusinya dengan undi 21,733 sekali gus mengalahkan lawannya daripada PH, Abdul Jalil Bujang dengan undi 6,047.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru