Trending

Lima unit rumah pekerja di Jalan Bintulu-Miri musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Lima unit rumah pekerja bersebelahan Jabatan Penjara Bintulu di Jalan Bintulu-Miri di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.57 petang.

Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan lima unit rumah pekerja yang terletak bersebelahan Jabatan Penjara Bintulu di Jalan Bintulu-Miri.

Beliau berkata setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati terdapat lima unit rumah pekerja jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 60 x 20 kaki persegi terbakar 100 peratus.

“Selepas melakukan size up,pasukan bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 300 kaki dua nozel air dari tangki air bagi memadamkan api daripada merebak ke kawasan lain,”katanya.

Wan Kamarudin berkata tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam insiden itu, manakala, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi itu turut dibantu enam anggota polis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru