Lima usahawan terima geran

MIRI: Shell Sarawak dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (Tegas) dinobatkan sebagai pemenang edisi kelima LiveWIRE pada sesi penilaian akhir program Shell LiveWIRE 2020 yang berlangsung baru-baru ini.

Selain pemberian geran bernilai RM6,000 kepada lima usahawan, mereka turut diberi sokongan mentor dan bimbingan daripada para fasilitator Shell liveWIRE selama tempoh sembilan bulan bagi membolehkan mereka memperkasa kemahiran mengubah kepada idea perniagaan yang sebenar.

“Kami sangat gembira bekerjasama dengan Shell untuk menjayakan program Shell LiveWIRE Sarawak selama lima tahun berturut-turut dan berusaha mewujudkan permulaan ekosistem yang inklusif di Sarawak.

“Kami percaya melalui perkongsian ini, kami dapat mempercepat permulaan pertumbuhan syarikat tempatan dan meningkatkannya ke tahap berikutnya,” kata Pengerusi Tegas, Datuk Len Talif Salleh.

Pengerusi dan Naib Presiden Huluan Shell Malaysia Ivan Tan pula berkata, program Shell LiveWIRE tahun ini menggunakan platform maya disebabkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan di setiap negeri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 April 2021

Suara Sarawak