Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Limbang, Lawas pentas aksi Piala Sarawak 2021

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
AJIS KON, Naib Presiden FAS.

BAHAGIAN Limbang dan Daerah Lawas dipilih sebagai gelanggang rasmi Kejohanan Bola Sepak PIala Sarawak 2021.
Demikian jelas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdul Ajis Kon Mohd. Ghazali Ismail.
“FAS menetapkan Bahagian Limbang dan Daerah Lawas sebagai lokasi pertandingan,” katanya kepada arena Suara Sarawak.
Bagaimanapun, tarikh kejohanan belum ditetapkan, kerana mengambil kita situasi pendemik Covid-19 di negeri ini.
“Kami akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci penganjuran kejohanan itu… mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
Hari Raya Aidilfitri akan disambut sekitar pertengahan Mei depan.
Seperti biasa kejohanan berprestij ini akan disertai 14 buah pasukan, iaitu 12 pasukan bahagian, dan dua lagi pasukan ialah Piala Presiden dan Piala Belia.
Piala Sarawak merupakan pertandingan tradisi dalam kalendar bola sepak Sarawak, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia agak kurang konsisten, berbanding 10 hingga 15 tahun yang lalu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan