
LIMBANG: Beberapa kawasan rendah di utara Sarawak terus mencatatkan pertambahan tempat dilanda bencana banjir.
Turut terkesan hari ini ialah Kampung Medamit di Limbang.
Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 9.32 pagi dan beberapa anggota diarahkan ke lokasi.
“Lapan anggota diketuai oleh PKPgB Chong Bui Chyan menggunakan hilux bersama sebuah bot penyelamat.
“Kita mendapati Kampung Tanjung turut mengalami banjir dan pemantauan keselamatan dilakukan dari semasa ke semasa ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.