ARTIKEL

Lindungi syarikat tempatan, komoditi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mewujudkan jawatankuasa teknikal untuk melindungi syarikat tempatan dalam sektor komoditi bagi mendepani isu-isu berbangkit.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata jawatankuasa teknikal tersebut memastikan syarikat di Malaysia dalam sektor tersebut dapat menjalankan perniagaan serta mengeksport tanpa sebarang halangan dari negara luar.

“Hari ini saya mengadakan satu perbincangan sangat penting bersamasama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk memastikan produk-produk berkaitan komoditi Malaysia yang dieksport ke luar negara tidak terjejas akibat daripada Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

“EUDR memberi implikasi dan menjejaskan produk-produk sektor komoditi Malaysia untuk dieksport, jika kita tidak mematuhinya,” kata beliau menerusi laman X.

Johari berkata nilai eksport bagi sektor komoditi Malaysia mencecah lebih RM160 bilion setahun dan ia menyumbang sebanyak 5.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menghasilkan lebih satu juta peluang pekerjaan.

Tambahnya, Malaysia juga berpotensi mendapat persepsi negatif di peringkat global sekiranya tidak melibatkan diri secara langsung dalam menangani isu- isu hutan dan kelestarian alam.

“Oleh itu, satu kerjasama erat melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ialah sebagai komitmen kerajaan di peringkat Persekutuan bahawa Malaysia memenuhi peraturan-peraturan dari segi penebangan hutan, kebolehkesanan dan lokasi geo,” kata Johari. – Bernama

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.