ARTIKEL

Liputan Internet lebih baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Masyarakat di Kampung Surabaya, di sini dan sekitarnya bakal menikmati liputan Internet lebih baik menjelang hujung tahun ini selepas menara telekomunikasi dilengkapi dengan peralatan siap.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, peralatan menara tersebut akan dipasang oleh syarikat Redtone, penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu dan infrastruktur digital terkemuka.

“Menara Kampung Surabaya dijangka ke udara menjelang hujung tahun ini apabila selesai peralatan telekomunikasi siap dipasang.

“Menurut pihak Redtone, ia mengambil masa hingga hujung tahun ini untuk menyiapkan pemasangan peralatan telekomunikasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan menara telekomunikasi yang sudah siap dibina oleh Danawa Sdn Bhd kepada wakil RedTone untuk dipasang peralatan, di Lawas.

Mengulas lanjut katanya, menara setinggi 76 meter itu adalah di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Justeru, walaupun menara sudah siap, peralatan telekomunikasi perlu dipasang oleh pihak Redtone sebelum ke udara dan mempunyai kemudahan internet,” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak 842 menara telekomunikasi 4G diperuntukkan kepada Sarawak di bawah Fasa 1 JENDELA.

Setakat Mei ini, sejumlah 158 menara telah beroperasi dan baki 684 dijadual akan beroperasi secara berperingkat sehingga suku keempat tahun ini.

Selain itu, 3,546 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf daripada perkhidmatan 3G kepada 4G berbanding 3,259 seperti dimaklumkan semasa persidangan lepas. 

Manakala 43 stesen pemancar lagi akan siap dinaik taraf secara berperingkat sehingga suku keempat tahun 2023.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Datuk Abdullah Julaihi, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Adiman Ajem serta wakil Danawa Sdn Bhd dan Redtone turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU