Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Liputan telekomunikasi 98 peratus di Puncak Borneo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kawasan Parlimen Puncak Borneo akan mencapai liputan telekomunikasi lebih luas iaitu sebanyak 98 peratus dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Willie Mongin.
Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata buat masa ini kawasan Parlimen itu mempunyai sebanyak 75 menara telekomunikasi yang sudah beroperasi, manakala kelulusan telah diberi untuk tambahan 27 lagi menara telekomunikasi 4G di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Selain itu, katanya 16 menara komunikasi tambahan daripada pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) kini telah dan sedang dibina.
“Apabila kesemua 43 menara baharu ini berfungsi kelak, kawasan kampung di Parlimen Puncak Borneo boleh mencapai liputan telekomunikasi sebanyak 98 peratus,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Willie berkata penduduk di Kampung Bunuk di Jalan Puncak Borneo dan kawasan sekitar dua kilometer dari situ kini sudah dilengkapi dengan rangkaian 4G.
Willie berkata beliau akan terus berusaha demi kelangsungan rakyat untuk menerima rangkaian telekomunikasi yang baik dan mampan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru