ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Liverpool fokus EPL, Europa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMAIN tengah Liverpool, Harvey Elliott percaya pasukan itu akan mendapat manfaat terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan di Liga Europa selepas tersingkir daripada saingan Piala FA kepada Manchester United.

Pemain berusia 20 tahun itu tetap positif dengan kekalahan 3-4 kepada The Red Devils pada suku akhir Piala FA di Old Trafford dengan menegaskan mereka mempunyai lebih masa untuk kembali cergas dan menghadapi perlawanan yang lain.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui ia kali pertama dia melihat pemainnya bergelut secara fizikal ketika mereka bermain perlawanan ke-46 dalam satu musim itu.

Mereka mempunyai sekurang-kurangnya 12 perlawanan lagi dan berpotensi melangkaui jumlah itu jika mereka melepasi Atalanta dalam perlawanan terakhir Liga Europa.

“Sekarang kami boleh memberi tumpuan kepada perkara lain, ia memberikan ruang beberapa minggu untuk kami.

“Tidak banyak perlawanan lagi jadi pemain boleh berada dalam keadaan segar dan kami boleh pulih dengan betul serta fokus pada baki musim ini,” kata Elliott.

Baca lain  Gol Nik Muhammad Sharif bantu Terengganu raih bekalan tipis ke atas KL City

Walaupun ia adalah satu tamparan hebat, terutamanya tewas kepada musuh ketat mereka, Elliott menegaskan pemain tidak akan membenarkan ia menjejaskan cita-cita mereka sepanjang musim ini.

“Keyakinan kami sentiasa ada, ia tidak akan menjejaskan kami sama sekali,” katanya.

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh