Lo: Peruntukan peningkatan infrastruktur tetap diteruskan

KUCHING: Sebanyak RM60 juta diperuntukkan bagi meningkatkan infrastruktur di bawah Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mesti diteruskan sama seperti peruntukan pembinaan bangunan baharu di bawah majlis perbandaran di bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata, kenyataan daripada Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Michael Kong mengguris hatinya apabila mendesak supaya dana tersebut dibelanjakan untuk projek infrastruktur asas seperti memperbaiki sistem perparitan lama.

“Bukan hanya Kota Padawan sahaja yang akan memiliki dewan baharu malah Bandar raya Miri mendapat peruntukan RM92 juta untuk membina dewan sukan, pusat komuniti serba guna dan pusat inovasi berjumlah RM15 juta. Selain itu, Kompleks Pentadbiran dan Persidangan Serian (RM200juta), Kompleks Pentadbiran Lawas dan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas (RM294juta), Batu Kawa Waterfront (RM10 juta) dan Tebingan Telaga Air (RM120juta).

“Objektif utama saya memberitahu kepada masyarakat di mengenai dana ini adalah supaya mereka tahu terdapat banyak projek pembangunan sedang dijalankan, dan RM60 juta tidak akan mencukupi untuk baik pulih semua kemudahan saliran dan menaik taraf di daerah Padawan kerana akan menelan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media melalui aplikasi Zoom bersama media disini, semalam.

Suara Sarawak