ARTIKEL

JULAIHI serta tetamu lain bergambar kenangan bersama ketua masyarakat dan ketua kaum yang hadir pada Lawatan Kerja ke Tapak Projek Loji Rawatan Air Engkilili di sini, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Loji Air Engkilili siap Mei 2028

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Loji Rawatan Air Engkilili baharu yang dijangka siap pada Mei 2028 bakal memperkukuh sistem bekalan air di Bahagian Sri Aman.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, loji berkapasiti 75 juta liter sehari (MLD) itu akan disepadukan dengan Loji Rawatan Air Bayai bagi membentuk sistem agihan air yang lebih stabil dan berkapasiti tinggi.

Projek bernilai RM312.968 juta yang dibiayai Kerajaan Sarawak itu turut melibatkan pembinaan sistem grid sepanjang 28 kilometer, termasuk saluran paip pelbagai saiz serta kolam takungan baharu di Lepong dan Bayai.

JULAIHI menerima cenderahati daripada Rayong pada Lawatan Kerja ke Tapak Projek Loji Rawatan Air Engkilili di sini, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

“Apabila digabungkan, Sri Aman bakal mempunyai kira-kira 128 MLD air yang dapat diagihkan ke seluruh Bahagian Sri Aman secara lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak Projek Loji Rawatan Air Engkilili yang sedang dalam pembinaan di sini, hari ini.

Projek berkenaan kini mencapai kemajuan fizikal 21.94 peratus, iaitu 0.49 peratus mendahului jadual ditetapkan.

Katanya, Kerajaan Sarawak turut meluluskan empat pakej projek berkaitan sebagai sebahagian daripada perancangan menyeluruh untuk memperkukuh sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan memastikan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) memantau projek secara berterusan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak akan terus memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur bekalan air bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan air bersih yang mencukupi dan berkualiti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i