SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Loji tenaga nuklear Turkiye sedia beroperasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin mungkin berkunjung ke Türkiye pada 27 April untuk menghadiri majlis perasmian loji kuasa nuklear Akkuyu.

Dalam temu bual dengan saluran berita ATV-A Haber pada Rabu, Erdogan berkata, Putin mungkin hadir sendiri di Mersin atau hadir menerusi telesidang, lapor Xinhua.

Projek itu yang terletak di wilayah Mersin, di tenggara Turkiye, merupakan loji nuklear pertama Türkiye.

Loji itu dijangka menghasilkan 35 bilion kilowatt-jam (kWj) elektrik setiap tahun dan memenuhi kira-kira 10 peratus keperluan elektrik tempatan.

Ia merupakan projek loji tenaga nuklear pertama di dunia yang dilaksanakan melalui model bina-milik-urus.

Mengikut kontrak, firma dari Rusia, Rosatom menyediakan pelan reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan, operasi dan penugasan operasi loji jana kuasa itu. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru