ARTIKEL

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak.

Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik sebagai tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Penulis ingin berkongsi empat lokasi menarik bagi anda yang ingin berkunjung ke Miri.

TAMAN NEGARA MULU

Taman Negara Gunung Mulu atau lebih dikenali sebagai Taman Negara Mulu merupakan taman terbesar di Sarawak — meliputi kawasan kira-kira 529 kilometer persegi.

Taman Negara Mulu merupakan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (Unesco).

Pengunjung boleh mengikuti perjalanan melalui laluan kanopi Mulu sepanjang 480 meter untuk melihat tumbuhtumbuhan dan hidupan liar di sekitar laluan tersebut.

Bagi penggemar aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti mendaki di Gunung Mulu — memerlukan daya tahan fizikal untuk tiba ke puncak.

TAMAN NEGARA NIAH

Jarak perjalanan menggunakan kenderaan dari bandar raya Miri ke Taman Negara Niah adalah sejauh 90 kilometer dan tiga kilometer dari Pekan Batu Niah menelusuri jalan raya lama Miri-Bintulu.

Taman Negara Niah merupakan lokasi bagi gua terbesar di Malaysia, iaitu Gua Niah dan menjanjikan pemandangan menakjubkan.

Di samping itu, Taman Negara Niah turut menyediakan tempat penginapan untuk pengunjung.

PANTAI TUSAN

Pantai Tusan merupakan pantai paling popular di Bekenu, terletak 41 kilometer dari bandar raya Miri dan boleh diakses menggunakan kenderaan melalui jalan raya lama Miri-Bintulu.

Meskipun lokasi pantai ini agak jauh dari Miri, namun fenomena alam yang ada di pantai ini tidak menghampakan pengunjung.

Uniknya, permukaan sekitar Pantai Tusan juga berbukit, maka anda boleh melihat panorama Laut China Selatan dari sudut yang lebih menarik.

Tarikan utama Pantai Tusan ialah fenomena Blue Tears atau mata air biru yang lazimnya berlaku pada setiap hujung tahun antara September dan Disember — boleh dilihat pada waktu malam.

TAMAN NEGARA BUKIT LAMBIR

Taman Negara Bukit Lambir merupakan taman negara yang terdekat dengan bandar raya Miri.

Jaraknya hanya sekitar 32 kilometer dari bandar raya Miri dan mengambil masa memandu sekitar 40 minit.

Aktiviti yang boleh dilakukan pada umumnya sama seperti di taman negara lain iaitu meneroka hutan, mendaki, melihat burung dan sebagainya.

Menariknya, di sini juga terdapat beberapa lokasi air terjun seperti Air Terjun Latak, Air Terjun Pantu, Air Terjun Pancur, Air Terjun Tengkorong dan banyak lagi.

BERITA LAIN

Kepengarangan Frankie Latit

ABANG MEDIAN ABANG SAID SIRI 1 BIAR saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu – Abang Median Abang Said – seorang penulis, guru dan ahli PUTERA

1140 waris keluarga TOK LATIP BERKUMPUL

ENAM waris anak Tok Latap hadir menyempurnakan Majlis Tahlil Perdana Waris Besar Tok Latap Al Banjari Kampung Bako serta Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Dewan Mesra

Niosh Sarawak rai anak yatim

SERAMAI 20 anak yatim dan asnaf diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Institut Keselamatanπ dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di The Waterfront Hotel, baru-baru

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

BERITA TERBARU