ARTIKEL

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina.

Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan penerokaan masyarakat Foochow ini terutama dalam aktiviti pertanian.

Ia juga menjadi pintu masuk utama di kawasan tengah Sarawak kerana Sibu berperanan sebagai pusat perniagaan, perdagangan dan pengeluar kayu balak.

Justeru, pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi di Sibu.

PASAR BESAR SIBU

Pasar Sibu menawarkan lebih 1,000 gerai yang menjual pelbagai sejenis barangan keperluan harian.

Pasar terletak di Jalan Channel ini dibina pada 1996 dengan dilengkapi parkir bertingkat bagi memudahkan penjual dan pembeli meletakkan kenderaan mereka.

Pasar besar ini menghimpunkan pelbagai penjual dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama terutama mereka yang berbangsa Iban dan Cina.

PUSAT WARISAN SIBU

Bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah di bandar Sibu ini, anda boleh melawat ke Pusat Warisan Sibu di bekas bangunan Majlis Perbandaran Sibu.

Melalui lawatan ke Pusat Warisan ini, anda dapat belajar sedikit banyak tentang warisan budaya pelbagai etnik yang ada di Sibu.

Terdapat pelbagai khazanah dan cerita bersejarah dirakam dan disimpan elok di sana sebagai sumber bacaan awam.

Pusat warisan ini dibuka pada setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali Isnin dan cuti umum.

TUA PEK KONG

Kuil Cina tertua di bandar ini mempunyai pagoda tujuh tingkat dengan sejarah yang bermula pada 1850-an lagi.

Bagi yang tidak mengetahui, kuil tersebut dibina dengan bahan binaan dan dewa tuan rumah diimport khas dari China.

Ia menjadi salah satu kuil yang paling terpelihara di Sibu kerana dibina semula dengan bumbung berjubin, lantai blok bata dan dilengkapi dengan hiasan cantik dari China.

MUZIUM PERINGATAN HOSPITAL LAU KING HOWE

Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe merakam sejarah perubatan yang pertama di Malaysia.

Ini kerana banyak peralatan perubatan yang lama telah disimpan di dalam muzium tersebut untuk dijadikan bahan ilmiah kepada pengunjung yang datang.

Sejarah hospital tersebut bermula pada 1931, apabila Lau King Howe membina hospital ini yang juga merupakan hospital pertama yang wujud di Sibu pada ketika itu.

Namun, setelah wujud Hospital Sibu pada 80-an, Hospital Lau King Howe kurang menerima pesakit.

TAMAN REKREASI BUKIT AUP

Bagi mereka yang ingin melihat keindahan alam di Sibu, boleh meluangkan masa untuk melawat taman rekreasi ini.

Taman rekreasi ini pernah mendapat anugerah Pemenang Pertandingan Landskap Kebangsaan Taman Awam pada 1998.

Taman ini menawarkan banyak benda untuk ditinjau seperti beriadah sambil melihat pemandangan serta melarikan diri daripada kesibukan kota.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU