ARTIKEL

Antara peralatan-peralatan yang digunakan bagi menjalankan kegiatan haram berkenaan, yang turut dirampas dalam serbuan baru-baru ini

Lombong wang kripto guna elektrik curi, SEB rugi RM30,000 sebulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) berjaya mengesan tiga operasi perlombongan mata wang kripto di Miri yang menggunakan tenaga elektrik dicuri untuk menggerakkan aktiviti tersebut.

SEB berkata, kegiatan haram itu telah mengakibatkan kerugian bulanan yang dianggarkan sebanyak RM30,000 kepada syarikat utiliti ini.

Katanya, menerusi operasi yang dijalankan bersama polis, bahagian operasi SEB dan Syarikat SESCO Berhad (SESCO) baru-baru ini, aktiviti kecurian elektrik itu dikenal pasti berlaku di rumah kedai dan rumah kediaman di Pujut dan Jalan Miri-Bintulu.

“Semasa serbuan, pasukan pemeriksa meter SESCO menemui kabel penoreh terus digunakan untuk memintas meter dan mendapatkan bekalan elektrik secara haram dari sesalur masuk.

“Lebih daripada 70 pelayan perlombongan mata wang kripto dan peranti elektronik lain di lokasi kejadian dirampas sebagai bukti dalam siasatan yang sedang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Lebih kurang 150 pelayar yang digunakan bagi menjalankan operasi perlombongan mata wang kripto

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU