ARTIKEL

London tersenarai antara 10 'bandar raya termahal di dunia', Hong Kong kekal di kedudukan teratas.

London tersenarai antara ’10 bandar raya termahal di dunia’, Hong Kong kekal di kedudukan teratas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON, England: London telah tersenarai antara 10 bandar raya paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Bandar ini telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar raya oleh Mercer bagi 2024.

Faktor seperti kos sara hidup dan harga sewa menyumbang kepada penarafan ini.

Hong Kong mengekalkan kedudukan teratas tahun ini diikuti Singapura dan Zurich, Switzerland.

Paris berada di kedudukan ke-29 dan Dublin pada kedudukan ke-41.

Indeks itu merangkumi 226 lokasi di seluruh dunia dan diukur berdasarkan 200 faktor, termasuk pengangkutan, makanan, pakaian, barangan isi rumah dan hiburan.

Mercer, sebuah perniagaan Marsh McLennan, menyusun penarafan ini bagi membantu majikan multinasional merancang pakej pampasan untuk pekerja.

Peningkatan kos perumahan di kebanyakan bandar raya di seluruh dunia telah menjadi cabaran kepada majikan, dan trend inflasi yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada pakej pampasan pekerja, menurut Mercer.

Berikut ialah kedudukan bandar-bandar raya dengan kos sara hidup tertinggi 2024 oleh Mercer:

  1. Hong Kong
  2. Singapura
  3. Zurich, Switzerland
  4. Geneva, Switzerland
  5. Basel, Switzerland
  6. Bern, Switzerland
  7. New York, Amerika Syarikat
  8. London, United Kingdom
  9. Nassau, Bahamas
  10. Los Angeles, Amerika Syarikat – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU