ARTIKEL

Lonjakan kes denggi, kerjasama semua pihak diperlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lonjakan kes denggi semakin menimbulkan kebimbangan terutamanya pada musim tengkujuh yang menjangkakan hujan berlarutan.

Setiausaha Pengelola Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang Gerald Goh menekankan mengenai keperluan segera untuk masyarakat bertindak melalui kerjasama dalam usaha bagi menangani isu pembiakan nyamuk.

Hal ini berikutan kes denggi yang dilaporkan melalui statistik daripada Jabatan Kesihatan, di sekitar Taman Everbright berhampiran Batu 3 Bazaar baru-baru ini.

“Penting bagi semua penduduk terutama di kawasan amaran denggi untuk mengambil tindakan segera dan sentiasa mengamalkan langkah antinyamuk bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk.

“Tindakan bersepadu komuniti dan juga usaha vektor yang berterusan akan menghalang peningkatan kes denggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agensi berkaitan dan pihak berkepentingan untuk memperluas usaha kesedaran dan mengekalkan momentum masyarakat dalam memerangi penularan denggi.

Tambahnya, pemilik-pemilik rumah di kawasan sekitar digalakkan untuk menyertai sesi gotong-royong bagi mengelak pembiakan nyamuk.

“Terdapat keperluan mendesak untuk usaha komuniti yang intensif dan kolektif untuk mengenal pasti dan menghapuskan air bertakung di kawasan kejiranan,” tegasnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU