BINTULU: Sebuah lori 12 tan yang membawa muatan buah kelapa sawit terbalik dalam kemalangan jalan raya berhampiran Jambatan Labang Jalan Bintulu-Bakun, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan pemandu iaitu seorang lelaki berusia 50 tahun masih berada di dalam lori berkenaan ketika kejadian.
Katanya, laporan kemalangan diterima pada jam 8.21 malam menerusi panggilan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian.
Susulan itu katanya, sepasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakkan ke lokasi bagi membuat operasi menyelamat.
“Setibanya di lokasi mendapati terdapat mangsa di dalam kenderaan tersebut, namun mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.
“Pasukan operasi seterusnya melakukan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal atau tercampak keluar akibat daripada kejadian,” jelasnya.
Tambahnya, mangsa yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan tindakan rawatan susulan.
Ujarnya, keadaan di lokasi kejadian dalam keadaan terkawal pada jam 9.20 malam.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my