
SRI AMAN: Sebuah lori muatan tanah milik Gamuda mengalami kebakaran di bahagian pemandu, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata kejadian berlaku di hadapan Puspakom Jalan Sri Aman – Serian sekitar jam 7.05 pagi, hari ini.
“Kebakaran tersebut hanya menyebabkan kemusnahan lebih kurang 10 peratus iaitu pada ruangan pemandu.
“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Operasi menyelamat berjaya ditamatkan sekitar jam 7.17 pagi.
Dalam pada itu, operasi diketuai PBK II Mohd Fadhli Buyong juga melibatkan penggunaan FRT serta EMRS dan disertai dua anggota PDRM.